PERANGKAAN
PELAJAR
MRSM Bitara Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar pada satu-satu masa,
iaitu pelajar Tingkatan 5 dan pelajar Tingkatan 4. MRSM PC mampu untuk menampung kapasiti
pelajar di antara lingkungan 600 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun,
pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.
Untuk setiap tingkatan, terdapat di antara 12 - 15 kelas, bergantung terhadap pengambilan
pelajar pada sesuatu tahun. Setiap kelas boleh memuatkan 25 orang pelajar, berbanding
kelas sekolah kementerian yang menampung sehingga 40 orang pelajar.

Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama dua tahun ataupun empat semester. Selepas
peperiksaan SPM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan
kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.
PENGAMBILAN PELAJAR

MRSM Bitara Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada empat maktab
Bitara di Malaysia, selain MRSM Langkawi, MRSM Taiping dan MRSM Jasin. Kaedah pengambilan
pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat
penekanan terhadap beberapa kriteria penting. Berikut ialah syarat kelayakan untuk
memasuki salah satu daripada MRSM Bitara:
Mendapat sekurang-kurangnya
8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah.
Lulus ujian
kecenderungan yang diadakan bagi calon-calon MRSM selepas PMR di pusat-pusat tertentu
Aktif dalam bidang
ko-kurikulum
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke
sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.
MRSM Bitara Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk TIngkatan 4 sahaja
pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada bulan Februari.
Permohonan untuk memasuki MRSM selalunya dibuka oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA
kepada calon-calon selepas pertengahan tahun. Calon-calon boleh mendapatkan borang
permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri. |