SISTEM PENILAIAN Sistem penilaian di MRSM dikenali
sebagai Sistem Penilaian Purata Nilaian Gred (SPPNG). Dalam sistem ini setiap kursus
diberi nilai jam kredit berdasarkan bilangan perjumpaan dalam satu semester.
Pada akhir semester semua
kursus dinilai dengan memberi gred yang mengukur pencapaian pelajar dalam kursus
tersebut.Setiap gred mempunyai nilai seperti berikut:
Semua nilai gred yang dicapai
oleh pelajar dalam subjek teras dan elektif di akhir akan dicampur dan dibahagi dengan
jumlah jam kredit yang terkumpul untuk mendapat Purata GRED (PNG), semester tersebut.
Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) ialah nillai purata gred dalam semua kursus teras dan
elektif yang telah diambil oleh pelajar bagi semua semester.
Gred |
Nilai |
A |
4.0 |
B+ |
3.5 |
B |
3.0 |
C+ |
2.5 |
C |
2.0 |
D |
1.0 |
F |
0.0 |
SIJIL GRADUASI MRSM
MRSM mengeluarkan Sijil
Graduasi kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di MRSM pada akhir
tahun Tingkatan 5.
Untuk mendapat Sijil Graduasi pelajar mesti:
( i ) Mengumpul jumlah jam kredit yang telah
ditetapkan.
( ii ) Mendapat TPNG:
- Tidak kurang daripada 2.00 pada akhir tahun pengajian
untuk sijil MRSM biasa.
- Tidak kurang
daripada 3.00 pada akhir tahun pengajian tingkatan 5 bagi MRSM Bitara.
- Mesti lulus semua kursus khas MRSM :-
KSK -
Kursus Sains Komputer
KKB -
Kursus Kemahiran Berfikir
KAB -
Kursus Amalan Belajar
KSR -
Kursus Senireka ( Ting. 4 sahaja )
( i ) Mesti Lulus
Dan Kursus Khas MRSM PKP :-
( ii ) Mesti Mengikuti
Kurikulum Perkembangan Sahsiah.
- Program Pembangunan Diri :-
KPD -
Perkembangan Kerjaya ( Ting. 4 )
KPD -
Kemahiran komunikasi ( Ting. 5 )
KAK -
kursus Asas Kepimpinan ( Ting. 4 )
( iii ) Aktiviti Keushawanan
:-
Mesti lulus 6 jam kredit
dalam Aktiviti Kokurikulum :-
Kelab dan Persatuan
1 jam kredit
Sukan dan Permainan
1 jam kredit
Badan Beruniform
4 jam
kredit
Aktiviti berikut boleh
menggantikan jam kredit kelab dan persatuan
SEM - Schoolwide
Enrichment Program
MPP - Majlis
Perwakilan Pelajar-pelajar
PRS - Pembimbing
Rakan Sebaya
PUM - Program
Usahaan Muda
BPP - Badan
Pengawas Perpustakaan
PENGAJIAN BERSYARAT
Pelajar akan disenaraikan dibawah senarai
meneruskan Pengajian Bersyarat dengan perkiraan berikut:-
Semester 1 |
TPNG kurang
daripada 2.25 |
Semester
2 |
TPNG kurang
daripada 2.50 |
Semester 3 |
TPNG kurang
daripada 2.75 |
Semester 4 |
TPNG kurang
daripada 3.00 |
HOMEROOM
Setiap pelajar MRSM
diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih dari 15 orang yang diketuai oleh
seorang guru sebagai penasihat.
Kumpulan ini yang dipanggil Homeroom bertujuan mewujudkan perasaan
kekeluargaan di kalangan pelajar, mewujudkan semangat persaudaraan dan kerjasama dan
membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana
seperti di rumah. Penasihat Homeroom bertindak sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai
saudara sendiri. |