pengenalan 

maksej4.jpg (9817 bytes)

MRSM BITARA Pengkalan Chepa yang terletak di pinggir bandar Kota Bharu beralamat di 16100 , Kota Bharu Kelantan. Masa perjalanan untuk sampai ke sini dari Kota Bharu ialah kira-kira 15 minit.

Dikelilingi dengan pohon-pohon hijau , MRSM BITARA Pengkalan Chepa tetap berdiri megah walaupun dimakan usia malah sudah ramai cendiakawan-cendiakawan yang dilahirkan daripada maktab ini.

Malahan maktab ini sudah dua kali berturut-turut menerima Anugerah Kualiti MRSM terbaik yang menjadi rebutan seluruh MRSM se-Malaysia.MRSM ini juga telah terpilih untuk mewakili negeri Kelantan dalam Pertandingan Landskap diperingkat Kebangsaan pada tahun ini.

Dari Program Khas Pendidikan , kini sudah bertukar menjadi Program BITARA .Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan terkini serta canggih untuk digunakan oleh semua pelajar MRSM BITARA Pengkalan Chepa.

Maktab ini juga telah mencapai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang selama tiga tahun berturut-turut iaitu semua pelajarnya seratus peratus Gred Satu.

Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi pihak MRSM BITARA Pengkalan Chepa dengan memberi email kepada MRSMPC@tm.net.my

 

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600