sejarah 

maksej1.jpg (35155 bytes)Bermula dari awal cadangan pembinaannya pada tahun 1968, kerajaan telah bersetuju dengan konsep penubuhannya pada tahun 1970, maka pada tahun 1971 MRSM sulung dibina di atas tapak 10 ekar,di Lorong Green, Seremban, Negeri Sembilan dan diberi nama MRSM Seremban.

maksej2.jpg (53234 bytes)Pada tahun 1972, Kerajaan Kelantan pula telah bermurah hati untuk membenarkan MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Di bandar kecil ini, di tapak kering yang berpasir serta berbekalkan sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan dihiasi pula dengan dengan sederet pokok kecil yang cantik sebagai asrama maka lahirlah satu nama gah dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bahru.

Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta
dengan azam kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka
menapaklah 149 orang putera kerdil dari segenap pelosok tanah air
menjadi penghuni pertama MRSM Kota Bahru iaitu pada pertengahan
bulan Januari 1973, tarikh keramat MRSM Kota Bahru bersama pelajar sulungnya.

Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

maksej5.jpg (43746 bytes)Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam berlubang dan berbukit bukau pasir, telah
berubah wajah apabila bangunan-bangunan bata merah kukuh dan tersergam indah siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al sultan Yahya Petra D.K,S.P.M.K. Dengan itu bermulalah imej MRSM PC dengan bangunan merah batanya.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600