program bitara 

BIJAKSANA

  • Pembelajaran (Smart Learning)
  • Pengajaran (Smart Teaching)
  • Penggunaan Teknologi (Smart use of technology)
  • Penilaian ( Smart Assessment)
  • Kualiti (Smart Management)

ILMU

  • Membudayakan ilmu

TAQWA

  • Beriman,Berilmu, dan Beramal

AMANAH

  • Keikhlasan dan kejujuran

RAJU'AMAL

  • Keusahawanan

ATQAN

  • Pengurusan ( Smart Management)

BITARA membawa maksud unggul, tiada taranya dan hanya satu sahaja. Melalui program ini MARA yakin dan percaya bahawa para pelajar ini jika diberi peluang mengikuti sistem pendidikan formal yang terancang, mereka boleh mencapa tahap keterampilan intelek, kecemerlangan akademik serta teguh kerohaniannya. Pelajar-pelajar ini selepas mengikuti program ini mampu digelar pelajar pintar cerdas yang soleh.

Islitah 'pintar cerdas' yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar yang dikenalpasti sebagai pelajar yang berkebolehan tinggi berdasarkan keputusan cemerlang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Dan pelajar-pelajar ini akan terus menempa kecemerlangan selama 4 semester berturut-turut di MRSM ini.

Program ini pada mulanya dikenali sebagai Program Khas Pendidikan yang bermula pada tahun 1988 di MRSM Kulim. MRSM Pengkalan Chepa telah memulakan program tersebut pada 1995. Dan selepas mencapai kejayaan, dan dibuktikan melalui Peperiksaan SPM selama 3 tahun berturut-turut MRSM Pengkalan Chepa pada tahun ini diberi kepercayaan melaksanakan Program BITARA.

Matlamat BITARA

  • Kecemerlangan prestasi akademik.

  • Keterampilan belajar dan berfikir (intelek), multiple intelligences untuk mengembangkan potensi secara sepadu dan khusus.

  • Kekuatan mental, rohani, jasmani dan emosi (menjaro).

  • Penggunaan teknologi, multimedia dan komputer.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600