program lepasan spm 

PROGRAM YANG DITAJA

  1. PROGRAM-PROGRAM DALAM NEGARA

  1. PROGRAM LEPASAN SPM                       Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam SPM.

a) Skim Pelajar Cemerlang   

Pembiayaan hanya kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan mendapat tempat di universiti ternama di luar negara.

  • American Top University (ATU) Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di dalam negara di PPP ITM atau di institusi lain yang di tentukan oleh MARA selama 7 bulan-1 tahun. Pelajar yang berjaya dan memenuhi syarat dijangka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

  • International Baccalaureate (IB) British Top University (BTU) Pelajar akan mengikuti pengajian peringkat diploma di dalam negara di kolej MARA Banting selama 1 ½ tahun. Pemegang diploma ini berpeluang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah di beberapa buah negara seperti United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand.

b) Ekspress MARA/UTM           

Program ini meliputi 2 peringkat :

  • Kursus asas selama satu semester(Disember-Mei)

  • Diploma/jazah-pelajar yang lulus peperiksaan SPM dan juga peringkat asas ini akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan atau Teknologi Maklumat. Tempoh pengajian 2 tahun bagi kursus diploma atau di antara 3-3 ½ tahun bagi program ijazah.

c) Ijazah Trek Pantas-ITM            

Melalui program ini tempoh pengajian dapat dijimatkan sehingga satu tahun. Pelajar yang ditawarkan terus ke program ijazah perakaunan selama 4 tahun atau ijazah senibina selama 6 tahun.

  1. PROGRAM DIPLOMA                                 Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang pengajian serta syarat yang telah ditentukan oleh MARA

  • Diploma Teknikal (Institusi MARA)

  • Diploma IT (Institusi MARA )

  • Diploma Francais IPTA di kolej-kolej swasta

  • Diploma Teknikal (OND/HND) di kolej-kolej swasta lain seperti TATI dan L&G Twintech

  1. PROGRAM IJAZAH PERTAMA                      

Tajaan bagi program ini adalah meliputi kursus serta syarat yang telah ditentukan oleh MARA. Program ijazah yang ditaja adalah di :

  • Francais IPTA di kolej-kolej swasta lain

  • Program Berkembar Luar Negara : 3+0 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

  1. PROGRAM PROFESSIONAL                          Untuk menambahkan lagi bilangan professional bumiputera, tajaan juga diberikan untuk program-program berikut:

  • Perundangan – CLP

  • Perakaunan – ACCA/CIMA/ICAEW

  • Senibina – PAM/LAM II

  • Kesetiausahaan – ICSA

  1. PROGRAM IJAZAH TINGGI

  2. Tajaan bagi kursus ini adalah meliputi kursus serta syarat yang telah ditentukan oleh MARA dan diterima masuk oleh mana-mana PIPTA bagi peringkat Sarjana dan PhD.

  3. KEPAKARAN PERUBATAN/PERGIGIAN             Tajaan diberikan sekiranya calon diterima masuk di mana-mana IPTA dan memenuhi syarat-syarat tajaan.

  1. PROGRAM-PROGRAM LUAR NEGARA (Peringkat Ijazah)

  1. American Top Universities

  2. British Top Universities

  3. Universiti-universiti terkemuka di negara lain.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600