badan pelajar 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MAKTAB (MPPM)

     Majlis Perwakilan Pelajar Maktab (MPPM) adalah badan pelajar yang terpenting di MRSM Bitara Pengkalan Chepa. MPPM berfungsi menjadi perantara di antara pelajar dan pihak maktab, menyuarakan pendapat dan menyebarkan dasar maktab.

    pelmppm.jpg (18986 bytes)
MPPM diketuai oleh seorang Presiden dengan Timbalan-timbalan beliau serta disokong oleh beberapa Exco yang mempunyai Jabatan-jabatan sendiri berfungsi untuk melakukan tugas tertentu.

     Perlantikan ahli MPPM dilakukan melalui pilihanraya. Calon-calon yang berminat akan disaring oleh pihak maktab sebelum membentuk parti sendiri. Parti-parti yang dibentuk harus mencipta manifesto ataupun agenda untuk diperjuangkan semasa pilihanraya. pelmanifesto.jpg (14270 bytes)Kempen akan dilakukan dengan penampalan poster dan kain rentang. Malam Manifesto akan diadakan di mana setiap calon yang terpilih akan berucap di hadapan warga maktab untuk membuktikan kepimpinan mereka. Selepas itu, hari pilihanraya akan diadakan untuk mengundi calon-calon yang layak. Pertukaran ahli MPPM selalunya berlaku pada pertengahan semester kedua.

BADAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN (BPPSP)

     BPPSP berfungsi dalam membantu pengurusan Pusat Sumber Pembelajaran MRSM PC. Mereka diberi keistimewaan untuk menjalani kelas persediaan ataupun lebih dikenali 'prep class' di PSP. Mereka bertugas di kaunter PSP untuk menguruskan hal pinjaman dan pemulangan buku ataupun media lain seperti video.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

     Dianggotai lebih kurang 40 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya merupakan badan yang ketiga terbesar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa . Badan ini bertanggung jawab dalam hal - hal kebajikan pelajar serta segala yang berkaitan dengan masalah yang selalu menghantui pelajar . Badan ini dianggotai oleh ahli - ahli yang terlatih agar segala perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan cemerlang .

AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK)

Ahli Lembaga Koperasi berfungsi secara umumnya untuk menguruskan serba-sedikit perjalanan perniagaan Koperasi Maktab. Selalunya mereka akan bertugas pada waktu rehat dan waktu petang sebelum kelas persediaan di kedai koperasi. Selain itu juga, ahli lembaga juga terlibat dalam pengurusan stok dan perkhidmatan fotostat maktab.

SIDANG REDAKSI WADAH PARAGON

     Seperti namanya, Sidang Redaksi Wadah Paragon ataupun lebih dikenali sebagai Wadah berfungsi untuk menghasilkan majalahpelwadah.jpg (24861 bytes) tahunan maktab. Maksud Wadah Paragon ialah Acuan Kecemerlangan, bersesuaian dengan MRSM Bitara Pengkalan Chepa.

    Wadah diketuai oleh seorang Editor dan terbentuk daripada beberapa unit penting untuk penghasilan majalah seperti Unit Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fotografi, Sukan, Grafik dan Grafik Komputer. Kebiasaannya majalah tahunan akan dikeluarkan apabila pelajar mengambil keputusan SPM di maktab. Wadah mempunyai keahlian seramai 30 orang. 

PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM)

     Sesuai dengan tujuan MRSM yang ingin melahirkan pelajar berkeusahawanan, Program Usahawan Muda telah dijalankan untuk memperluas bakat pelajar dalam urusan perniagaan. Secara kebiasaannya, beberapa syarikat dengan keahlian seramai 15 orang ahli setiap satu ditubuhkan di MRSM PC daripada pelajar Tingkatan 4 yang terpilih. Setiap syarikat yang dinasihati seorang guru penasihat bebas untuk menjalankan perniagaan seperti menjual makanan ataupun pakaian. Syarikat dengan prestasi terbaik akan mewakili maktab ke Konvensyen Mini PUM MRSM Se-Malaysia yang diadakan sekali setiap tahun.

MAJLIS PRESIDEN KELAS

     Majlis ini bertindak untuk menggabungkan segala fungsi presiden-presiden kelas setiap tingkatan supaya dapat disepadukan dan menjalankan tugas sebagai suatu badan yang bersatu. Kebiasaanya pengumuman-pengumuman penting ataupun pengagihan barangan disalurkan melalui Majlis Presiden Kelas.                  

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600