|
mei 1999 |
| kembali | |
HARI GURU dan PEKERJA (16 MEI)
Hari Guru dan Pekerja
MRSM BITARA Pengkalan Chepa disambut dengan meriahnya berbeza dari maktab
lain. Pelajar-pelajar berkumpul sejak pagi lagi di Dewan Besar dan pelbagai acara serta
persembahan diadakan khas ditujukan kepada tenaga pengajar yang banyak menyumbang bakti di
maktab ini khususnya kepada para pelajar.Penghargaan juga diberikan kepada pekerja maktab
yang telah banyak membantu maktab dari belakang , tanpa mereka , maktab akan kaku dan lesu
ditelan usia. Antara persembahan yang dibuat oleh pelajar ialah nyanyian nasyid , dikir
barat , pendeklamasian sajak dan sebagainya. Manakala pihak guru dan pekerja juga tidak
melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat terpendam masing-masing. Presiden-presiden
setiap Homeroom , sebagai tanda penghargaan juga , telah menyediakan dan memberi penasihat
Homeroom masing-masing sedikit cenderahati buat kenangan bersama.Dalam kesempatan ini juga
, para pelajar , pekerja dan guru beramah mesra dan dapat mengeratkan lagi tali
silaturrahim sesama warga maktab.
|
XPDC TRANS TITIWANGSA 1999 (20-29 MEI)
Seramai 21
orang pelajar MRSM BITARA Pengkalan Chepa terlibat dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh
pihak Kelab Kembara.Mereka ditemani oleh 6 orang pengiring termasuk Encik Md. Noh , guru
penasihat Kelab Kembara sendiri.Mereka mula mendaki pada hari Jumaat , 21 hb Mei 1999 di
Ulu Kinta.Berbekalkan dengan azam yang berkobar-kobar , para peserta dapat menempuhi
segala ranjau dan onak duri seperti memikul beg yang berat lebih kurang 20 kg seorang
ditambah pula dengan hujan yang turun hampir setiap hari. Selama 9 hari , banyak
pengalaman manis dan pahit yang dialami oleh para peserta seperti mendengar suara orang
asli terpekik terlolong apabila para peserta melalui kawasan mereka.Para peserta juga
merupakan pelajar MRSM dan Sekolah Kementerian yang pertama berjaya menghabiskan Trans
Titiwangsa dengan selamat.
|
NADWAH
ISLAMIAH (22-25 MEI)
Program Nadwah Islamiah berlangsung di MRSM PDRM , Kulim , Kedah iaitu bersempena dengan cuti semesta 1 1999.Para peserta adalah
terdiri daripada 15 putera dan 15 puteri dan diiringi Ustaz Yusuff dan
Ustazah Zabedah.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kepimpinan ,
amali sembelih dan aqiqah , Malam Nasyid dan Puisi
serta perkhemahan dan 'jungle trekking' di Hutan Lipur Bukit Hijau , Kulim. Program yang
melibatkan pelajar-pelajar MRSM Menengah Atas Zon Utara. Para pelajar diagihkan kepada 15
kumpulan yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai MRSM. MRSM Pengkalan Chepa berjaya
Anugerah Kepimpinan MRSM Zon Utara melalui Mislan Nenin.
|
Hakcipta terpelihara Kelab
Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999
Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600 |
|