mac 1999

| kembali |

LAWATAN PANEL HAKIM ANUGERAH KUALITI MARA (10 MAC)

semmac99baik1.jpg (5272 bytes)Lawatan ini disertai oleh Pengarah MARA dan beberapa orang pegawai tertinggi untuk mengadili MRSM Pengkalan Chepa yang menyertai Pertandingan Anugerah Kualiti MARA di bawah kategori MRSM.Lawatan ini diiringi oleh Tuan Pengetua, PPHEP, PPHEA dan Kaunselor dan ketua-ketua jabatan yang lain. Mereka dibawa melawat kesekitar maktab iaitu bahagian pentadbiran, bangunan akademik, Pusat Sumber Pembelajaran(PSP) termasuklah blok-blok asrama. semmac99baik2.jpg (4968 bytes)Lawatan ini berakhir kira-kira pada jam 2 petang. Lawatan ini adalah penting untuk melayakkan maktab memenangi Anugerah Kualiti MARA buat dua tahun berturut-turut.

TUNAS SAINTIS (19-23 MAC)

Minggu Tunas Saintis pada tahun ini diadakan di MRSM Kuantansemmac99ts.jpg (22966 bytes) yang berlangsung selama lima hari. Ianya disertai oleh seluruh MRSM Se-Malaysia. Maktab kita telah menghantar seramai 34 orang peserta yang mewakili 8 projek di bawah empat katogeri iaitu kajian biologi, fizik, rekacipta, sains komputer dan kuiz matematik. Kontinjen maktab telah diketuai oleh saudara Usamah Jamaludin dengan diiringi oleh En. Saidi dan Pn. Rohana.  Maktab kita telah berjaya menjadi johan dalam katogeri rekacipta yang mempersembahkan ciptaan ' Mesin Pembersih Longkang' dan johan keseluruhan untuk kuiz matematik yang diwakili oleh 3 orang pelajar . Ternyata minggu Tunas Saintis ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sains dan teknologi. Minggu ini berakhir dengan jayanya.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600