jun 1999

| kembali |

AMANAT PENGARAH BPM MARA (22 & 23 JUN)

semjun99amanat.jpg (17720 bytes)Pada 22 dan 23 Jun, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Tn. Hj. Ahmad Roslan bin Johari telah membuat lawatan ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa yang memenangi Anugerah Kualiti MRSM Terbaik untuk dua tahun berturut-turut. Beliau telah memberikan amanat berharga kepada seluruh warga maktab di mana beliau menekankan pelaksanaan Misi Mengangkat Martabat MARA ataupun Misi 3M. Pada malam Jumaat, beliau memberikan amanat khas kepada para pelajar untuk menjadi anak-anak MARA yang mempunyai jati diri sendiri.

MINGGU BAHASA ZON TIMUR (17 JUN)

Minggu Bahasa Zon Timur telah diadakan di MRSM Pasir Tumboh pada tanggal 17 Jun baru-baru ini. Maktab telah menghantar wakil bagi semua kategori menengah atas. Maktab telah menempa kejayaan dalam pelbagai kategori seperti Debat Bahasa Inggeris, Drama dan Pidato. Insya-Allah wakil-wakil maktab akan berpeluang melanjutkan cabaran ke Minggu Bahasa MRSM Se-Malaysia di Kolej Mara Banting.

KEM MINDA CEMERLANG (9 JUN)

Pada 9 Jun seramai 40 orang pelajar putera Tingkatan 5 telah dipilih khas untuk mengikuti Kem Minda Cemerlang yang diadakan di tapak kaki Gunung Tebu. Para pelajar telah mengikuti kursus tahan lasak intensif seperti berkhemah berseorangan, abseiling dan juga mendaki Gunung Tebu pada waktu malam. Hampir setiap malam perkhemahan pula diisi dengan qiamullail. Ucapan tahniah kepada 40 pelajar putera ini!

LAWATAN KE THAILAND (2 - 6 JUN)

semjun99thai.jpg (79682 bytes)MRSM Bitara Pengkalan Chepa bersama MRSM Kuantan telah bersama menghantar kontingen pelajar ke Thailand untuk Program Pertukaran Pelajar di antara MRSM dan Sarasit Pittayalai School pada 2 hingg 6 Jun. Lawatan yang berlangsung selama hampir seminggu ini membawa pelbagai kenangan terhadap kedua-dua pihak. Para pelajar dibawa melawat pelbagai tempat menarik seperti Jambatan Sungai Kwai dan Memorial Peringatan Perang Dunia II di Kanchanaburi serta Istana Diraja dan Ma Boon Krong Plaza di Bangkok bersama dengan pelajar Thailand yang lain. Lawatan ini diakhiri dengan menjemput Sarasit Pittayalai School untuk melawat MRSM di Malaysia.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600