HARI PELAJAR (10 JUL) 
Pada hari Sabtu 10 Julai,
pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 telah bergabung tenaga dan menunjukkan kerjasama dalam
mengadakan gerai-gerai jualan pada Hari Pelajar. Hari Pelajar dimulakan dengan upacara
perasmian di dalam Dewan Besar. Pada hari itu, beberapa anugerah pelajar diberikan seperti
Abang Paling Berwawasan dan Kakak Paling 'Sporting'. Selepas upacara perasmian,
gerai-gerai jualan dibuka dengan mempamerkan pelbagai juadah hebat seperti hotdog, nugget
ayam, laksa penang, ayam bakar dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai kad ucapan dan
hantaran istimewa telah diadakan pada hari tersebut untuk memeriahkan lagi suasana. Hari
Pelajar berakhir kira-kira pukul 2.00 petang apabila semua juadah makanan dan barangan
habis dijual dan dibeli. |