jan 1999

| kembali |

MAJLIS BERBUKA PUASA (13 JAN)

semjan99puasa.jpg (81458 bytes)Majlis Berbuka Puasa disertai oleh seluruh warga maktab termasuklah guru-guru dan para pekerja. Setiap homeroom digalakkan untuk menyediakan juadah tambahan di samping menu istimewa daripada dewan selera. Para pelajar putera diwajibkan memakai Baju Melayu maktab, manakala para pelajar puteri pula memakai baju kurung biasa dan bertudung putih. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Tuan Pengetua dan di ikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz. Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat Tarawih secara berjemaah di musalla.

TADARUS AL-QURAN (5-13 JAN)

semjan99tadarus.jpg (49174 bytes)Tadarus Al-Quran pula diadakan pada setiap petang selepas menunaikan solat Asar secara berjemaah di musalla sehingga jam 6 petang. Semua pelajar diwajibkan bertadarus mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap kumpulan harus menghabiskan juzuk-juzuk yang telah ditetapkan. Tadarus Al-Quran ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada para pelajar dengan bantuan daripada Jabatan Agama Maktab (JAGAM).

CERAMAH NUZUL AL-QURAN (5 JAN)

semjan99ceramah.jpg (57156 bytes)Ceramah Nuzul Al-Quran ini diadakan bertempat di Dewan Besar MRSM Pengkalan Chepa bersempena dengan sambutan Hari Nuzul Al-Quran  peringkat maktab. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz dari sebuah pondok agama di Tumpat. Ceramah yang berlangsung selama hampir dua jam ini dihadiri oleh seluruh pelajar MRSM PC, guru-guru dan kakitangan am yang lain. Ceramah ini banyak meninggalkan kesan kepada para hadirin untuk mempertingkatkan amal ibadat mereka terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600