feb 1999

| kembali |

KEM KEPIMPINAN DI TANGOK (5-7 FEB)

semfeb99tangok.jpg (152482 bytes)

Kem Kepimpinan ini diadakan di Pusat Latihan Belia di Tangok, Bachok, Kelantan yang disertai oleh kesemua pelajar Tingkatan Lima MRSM PC. Kem ini berlangsung pada 5 hingga 7 Februari iaitu selama tiga hari dua malam. Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil untuk memudahkan sesuatu aktiviti di jalankan. Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah berkayak, 'jungle tracking', merentas desa pada waktu malam dan sebagainya. Kem ini banyak memberi pendedahan kepada para pelajar untuk membina sahsiah diri yang tinggi bagi   mengharungi cabaran abad ke-21.

EKSPEDISI 40 KM PENGAKAP (11-13 FEB)

semfeb99pengakap.jpg (13111 bytes)Seminggu selepas Kem Kepimpinan diadakan di Tangok, Persatuan Pengakap ke-80 MRSM PC telah bernekad mengadakan ekspedisi pengembaraan sejauh 40 km dari Pengkalan Chepa ke Bachok. Eskpedisi ini mengambil masa selama 3 hari dua malam. Pengakap maktab telah menjalankan pelbagai kajian tempatan ketika mengembara untuk mendapatkan Lencana Ekspedisi.

MINGGU MISRA (22-29 FEB)

semfeb99misra1.jpg (10366 bytes)Minggu MISRA merupakan program khas maktab yang diadakan pada setiap tahun bagi menyambut dan mengalu-alukan kedatangan para pelajar Tingkatan Empat yang baru mendaftarkan diri untuk sesi pengajian baru. Program ini berlangsung selama seminggu bermula 22 Februari yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar baru berkaitan dengan suasana dan budaya MRSM. semfeb99misra2.jpg (11245 bytes)Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, suaikenal dengan pelajar tingkatan lima, pertandingan drama, aktiviti bersama guru homeroom termasuklah ceramah daripada guru-guru, puan kaunselor dan sebagainya. Minggu ini adalah amat bererti bagi pelajar Tingkatan Empat untuk diabadikan.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600