april 1999

| kembali |

PESTA TYPE 3 (10 APRIL)

semapril99type33.jpg (20109 bytes)Pesta Type 111 merupakan hari yang amat penting bagi semua pelajar tingkatan lima khususnya dan tingkatan empat amnya. Setiap pelajar tingkatan lima mengikut kumpulan masing-masing   mempersembahkan projek yang telah mereka siapkan sepanjang tiga semester berada di maktab iaitu selepas didedahkan dengan pelbagai khusus kemahiran. Projek-projek ini telah dibahagikan mengikut beberapa kategori iaitu kategori kajian farmakologi, rekacipta bahan, rekacipta fizik, sains komputer dan sebagainya. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk projek-projek  yang cemerlang mengikut kategori yang dipertandingkan. Maktab juga telah menerima beberapa lawatan daripada luar terutamanya MRSM Pasir Tumbuh dan sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu untuk turut sama memeriahkan sambutan hari yang amat bermakna ini.

PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS DAN PERAWATAN PERINGKAT KEBANGSAAN (10-11 APRIL)

semapril99john2.jpg (3579 bytes)Pertandingan Pertolongan Cemas Dan Perawatan Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kualasemapril99john.jpg (4492 bytes) Lumpur selama dua hari. Maktab kita telah berjaya mewakili kontinjen negeri Kelantan di bawah kategori Perawatan Kadet yang dianggotai oleh lima orang pelajar puteri tingkatan lima dengan diiringi oleh En. Aziz Harun selaku guru penasihat St. John MRSM pengkalan Chepa. Antara acara-acara yang telah dipertandingkan ialah kawad kaki, rawatan pertolongan cemas, 'Home Nursing' dan ujian teori bertulis.

            Hakcipta terpelihara Kelab Digital MRSM Bitara Pengkalan Chepa 1999               Sesuai dipaparkan dengan resolusi 800 X 600